Kenali PKS

  1. LATAR BELAKANG

Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan (PKS) telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan telah mencapai usia 21 tahun menyumbang khidmat di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Pada usia tersebut, PKS telah bergerak maju di atas visi, misi dan objektif sebagai pusat yang mengutip dan menyalurkan penemuan dari bawah (grass-root) kepada kepimpinan Kerajaan Negeri.

  1. VISI PKS

Peneraju utama penyelidikan strategik yang responsif ke arah keutuhan dan keberkesanan dasar-dasar pentadbiran dan pembangunan Kerajaan Negeri Kelantan

  1. MISI PKS

Menyediakan maklumat sokongan kepada kepimpinan Kerajaan Negeri melalui usaha-usaha penyelidikan dan analisis dalam pelbagai bidang mengenai keperluan dan harapan serta aspirasi rakyat berasaskan teras ubudiah/integriti, mas’uliah/profesional dan itqan/kecemerlangan.

  1. OBJEKTIF UTAMA PKS

Untuk menjalankan penyelidikan dan analisis ke atas pelaksanaan projek, program dan aktiviti pentadbiran/ pembangunan Kerajaan Negeri bagi mengukur keberkesanan dasar-dasar dan impaknya terhadap keperluan, kehendak dan aspirasi rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>